Khamis, 7 Februari 2019

Washer Dryer 2 in 1 review

Hai assalamualaikum & salam sejahtera..
Kali ini saya nak share review mengenai washer dryer jenama samsung 8kg/5kg..
Sebelum itu, saya nak kongsi kenapa saya sangat memerlukan washer dryer 2 in 1 ni.. Sebab paling utama ialah kawasan tempat yang sangat terhad untuk saya menyidai pakaian. Kemudian dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, sekejap hujan, sekejap panas.. baju tak sempat kering, tiba2 hujan.. bila cuaca cantik sikit, orang kampung terlebih rajin membakar sampah, membuatkan baju yang wangi jadi bau asap. Antara sebab lain ialah, kekangan masa.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk mendapatkan mesin pencuci yang boleh mengeringkan. Kalau anda mempunyai ruang yang besar, boleh lah dapatkan sebiji washer, sebiji dryer.. memandangkan rumah sewa saya ni kecil ala2 rumah sewa korea, jadi terpaksalah saya menggunakan sebuah mesin yang multi function.

Washer dryer yang saya gunakan jenama samsung 8kg untuk cuci, 5 kg untuk kering..Baru sebulan guna, secara keseluruhan ia sangat membantu saya menjimatkan tenaga dan masa.saya. Hanya perlu masukkan pakaian yang kotor, kemudian setting ikut kesesuaian dan tinggalkan begitu sahaja sambil buat kerja lain. Sekiranya anda menghadapi masalah seperti saya, mesin 2 in 1 ni sangat dishorkan. Beban anda 100% berkurang. tak payah risau nak cuci baju, nak sidai baju, risau baju belum kering, risau tentang cuaca.. Bila anda memiliki mesin ni, semua kerisauan tadi dah tak ada..

Mana nak beli? Korang boleh kunjungi mana2 kedai eletrik yang jual mesin basuh.. kalau di daerah-daerah kecil di Sarawak khususnya, contohnya di Limbang, Mukah, jarang ada kedai yang ready stock jual barang2 macam ni. So kena pergi bandar besar sikit lah.. macam Miri, Bintulu, Sibu, Kuching dll. Kalau saya, saya beli kat kedai Seng Heng.. Kebetulan waktu tengah sale hujung tahun..



Harga asal RM3395.. tapi lepas discount dapatlah harga RM2499.. kira ok lah..  jenama Eletrolux pun ada 7kg/4kg harga rm1999 lepas diskaun. Tapi saya pilih samsung disebabkan oleh kapasiti yang lebih besar.

Keburukan washer dryer? Setiap yang bagus itu, pasti ada kelemahan. Kelemahan penggunaan washer dryer ni ialah pakaian kita akan sangat berkedut selepas dikeringkan.. Baju tshirt pun terpaksa diseterika sebelum guna, kalau tak memang jenjalan dengan baju renyuk la jawabnya. Kemudian, pintu mesin basuh akan jadi berhabuk untuk setiap penggunaan. Kalau rajin, boleh lah lap setiap kali lepas guna.. tak lap pun tak apa.. cuma takut pakaian kita pulak berhabuk lepas dicuci. 
Penggunaan eletrik pula bergantung pada penggunaan, tapi, ia tak menjejaskan sangat rasanya. Kesimpulannya secara keseluruhan, menggunakan washer dryer bagi saya adalah sangat berbaloi. Tak rugi membeli. Kerana ia sangat membantu saya mengatasi masalah yang saya hadapi. Kalau korang nak beli, saya syorkan beli waktu sale hujung tahun.. Dapat harga murah banyak sikit berbanding hari biasa. Semoga feedback ini dapat membantu anda yang dalam dilema..

Ada apa di Limbang???

Persoalan ini semestinya akan bermain difikiran bagi perantau2 yang bakal ditugaskan di Limbang, especially bakal guru.... bukan rakyat semenanjung sahaja yang tidak mengetahui kewujudan limbang...bahkan terdapat rakyat sarawak sendiri tidak mengetahui apakah dan dimanakah Limbang ini..... disini, dengan penuh rasa bangganya saya berbesar hati untuk memperkenalkan Limbang kepada yang ingin mengetahui dan mengenali Limbang dengan lebih lanjut...
Limbang terletak di antara dua sempadan Brunei Darussalam... oleh itu, barangsiapa yang ingin berkunjung ke Limbang, wajib memiliki pasport,.. begitu juga penduduk Limbang sendiri perlu memiliki pasport jika ingin ke luar kawasan... 2 sekiranya menggunakan jalan darat la... kalau guna fligt, pasport x perlu... Ye, betul... Limbang ada fligt, knp? x percaya ya? xper2...yang penting korang x fikir yang nak pergi Limbang kena guna perahu sudah...ngeh3....
Erm...Limbang ni bleh la nk dkatakan bandar...smua keperluan ada kat cni... kalu nak beras ke, ikan ke, ayam ke, sayur ke, kompom ada....dont worry...heh2.. cuma, Limbang ni x der supermaket yg besar2 2 mcm giant, tesco, jusco n sebagainya...da mart jer mcm choon choong, MK...  tapi, bleh la memenuhi keperluan penduduk...
Perjalanan dari KL ke Limbang memerlukan 2 buah flight dan perlu transit di Miri. Flight dari KL-Miri mengambil masa selama lebih kurang 2 jam manakala Miri-Limbang hanya 30 minit penerbangan. Selain itu, bagi yang ingin ke Limbang boleh juga melalui jalan darat yang mengambil masa selama 3jam menggunakan kereta dan 4jam menggunakan bas.
Limbang hanya sebuah bandar kecil. setakat ini keselamatan di Limbang masih terjamin. Tiada yang istimewa di Limbang melainkan harga Gajet seperti handphone, smartphone lebih murah dari harga di Semenanjung. Untuk para guru yang bakal mengajar di Limbang, anda x perlu risau untuk naik perahu atau buaya... kemudahan jalan raya telah disediakan oleh kerajaan walaupun tak sehebat highway, at least korang boleh memandu untuk pergi ke sekolah... so,, kalau nak datang limbang, bawaklah kereta sekali....melainkan beberapa kawasan pedalaman yang memerlukan perahu atau bot.
walaupun kemudahan ada disediakan, tapi korang janganlah expect lebih... cukup sekadar memenuhi keperluan kita...

Diharap maklumat  yang sedikit ini dapat membantu anda mengetahui keadaan Limbang, Sarawak.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Teksi Sekitar KL Sentral

Alkisah balik dari cuti midsem yang amat memenatkan, selalu tersepit dalam segenap perkara dan urusan. perjalanan ke ibu kota, fuhhh, penat3!!! tapi, aku sematkan dalam hatiku, inilah musafir dan jihadku sebagai seorang hamba.
coretanku kali ini, seperti biasa ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh dijadikan ikhtibar dan perigatan bagi insan yang tak tahu atau terlepas pandang beberapa urusan sepanjang perjalanan atau persiapan pulang ke ibu kota.

Seperti tahun2, sem2,dan cuti2 yang lalu, seperti biasa, aku akan pulang  bersama sahabat seakidahku merangkap teman sepermainanku sejak kecil lagi ke Kampus, cuma apa yang berbeza kali ini ialah kami mengambil keputusan untuk naik flight sebelah malam. Ohoo...kebiasaannya, kami akan naik flight pagi atau tengah hari. Hoho, memang tak sangka, macamana dan bila masa plak kitorang amek tiket malam ni? imbas punya imbas, ingat punya ingat, serebrum ligat bekerja, tiba2, ahhaaa, patutlah, sebab kitorang plan nak nek bas je dari rumah, tak nak susahkan family, untuk hantar dan ambil dari airport, setiap kali balik, sama ada untuk ke rumah atau ke kampus. Nak berdikari la katakan...ehe..

Seawal jam 8pagi, berbekalkan duit poket rm150, aku memulakan langkahku dengan niat untuk kembali ke serambi ilmu, jami'ahku tercinta untuk menadah limpahan ilmu dari asatizahku. Berkat Niat yang betul ini, Maha Suci Allah, perjalananku dipermudahkan. Plan kami pada asalnya nak naik bas dari Limbang ke Miri, akhirnya menjadi lebih jimat apabila ada saudara mara yang menawarkan untuk naik kereta bersamanya. Bukan setakat jimat wang, tetapi juga tenaga, dan masa. Perjalanan ke Miri mengambil masa selama lebih kurang 3jam, jika perjalanan lancar tanpa jammed. Atas pelbagai urusan, kami selamat sampai di Miri dalam pukul 12 tengah hari. Sesampainya kami di Miri, destinasi pertama kami adalah Plaza Bintang. 4jam menghabiskan masa  Plaza Bintang, dimanfaatkan sebaiknya. 4jam terisi dengan memberi hak pada perut yang dah meraung untuk diisi, memberi hak pada ruh yang turut minta diisi dengan ibadah, memberi hak pada kaki untuk diberikan alas yang selesa, juga memberi hak pada otak untuk dijamahkan dengan bahan ilmiah di kedai 'Popular'. Cuma, kehendak sahabat je lagi yang tak dapat dipenuhi, nak beli laptop, tapi, masih buntu nak buat pilihan, laptop apa yang terbaik dan sesuai untuk keperluannya (siapa2 yang ada cadangan, boleh la usulkan, he2). Soal penat, takyah nak cerita, memang penat sangat, tapi, takpe, janji best. Jadi, ada 1 hak lagi yang tak terjaga, iaitu hak tubuh badan yang perlukan rehat. Seperti biasa, tempat yang sesuai untuk rehatkan badan adalah dalam flight. ehe...

Dari Plaza Bintang, kami terus menuju ke Lapangan Terbang, Miri. Barang pesanan dan keperluan yang baru dibeli, disusun kemas di dalam bagasi sebelum dimasukkan ke dalam kargo. Alkisah 2 jam duduk dalam flight memang  mencabar emosi, apabila yang berlaku tidak seperti yang dirancang dan dibayangkan. Plan untuk memberi hak pada tubuh dan minda tak tertunai, dek kerana ada 2 3 orang adik beradik ni asyik berlari2 dalam flight, mak ayah dia plak wat tak tau, haiya...manyak susah kalau ada ibu bapa ini macam. 2jam berlalu, akhirnya sampai juga kami di Lcct dengan selamat. sesampainya kami di sana, terus bergegas ke kaunter terminal bas untuk redeem kad skybus.

Conflict perjalanan kami ini bermula di sini, ketika nak mendapatkan pengesahan dan cop sebelum boleh menaiki perkhidmatan skybus yang telah kami tempah melalui online. Langkah sahabatku diatur kemas menuju ke kaunter bas, jalannya pantas dengan harapan kami sempat makan sebelum menaiki bas yang mengambil masa 1jam setengah untuk sampai ke KL Sentral bagi mengelakkkan pening dan muntah dek perut yang kosong, seterusnya, membolehkan kami sampai awal ke kolej.
sesampainya kawan aku kat tempat redeem kupon tu, dia pun hulur invoice yang telah dicetak, then, berlaku diolog di antara mereka:

Penjaga kaunter : "Mana boarding pass?"
Kawan : "Perlu boarding pass gak ke? Sebelum ni, tak yah bagi pun. Tak ingat letak kat mana, dah buang kot".
Penjaga kaunter : "Ok, tak pe lah". then, dia pon terus cop dan sign.
Kawan : "Ok, terima kasih, hmm, tapi, kenapa 1 cop je? Saya redeem untuk 3 org".
penjaga kaunter pun meneliti kembali invoice yang diberi, kemudian berkata;
Penjaga kaunter : "Kalau macam tu, semua kena serah boarding pass"
Dia pegang dan simpan invoice tu disebalik cermin kaca yang memisahkan antara kami. Lantas kawan aku bersuara;
Kawan : "Kenapa kena serah 3 3, tadi kata tak yah boarding pass"
Penjaga Kaunter : "............" diam seribu bahasa sambil mata terkebil-kebil melihat kami yang bertungkus-lumus mencari boarding pass, Tiada riak kasihan di wajahnya, malah berkata, "kalau tak ada boarding pass, saya tak akan cop invoice ni".
Perasaan ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu, bercampur baur, dengan malam semakin pekat, perut yang berkeroncong dan memikirkan perjalanan yang jauh, hmm, patutlah sejak dari dalam flight lagi aku teringat-ingat di mana aku letak boarding pass aku. akhirnya, Alhamdulillah, semua boarding pass ditemui, kalau tak, alamatnya malayang lagi la duit, RM10 seorang.

Apa yang membuatkan aku merasa pelik ialah kami dah ada invoice sebagai bukti pembelian, jadi, kenapa perlu serahkan boarding pass lagi, di cawangan air asia di Kl Sentral agak bagus, meneliti invoice, kemudian bagi 1 cop untuk pengesahan, dan selesai. Walhal, time naik bas, pemandu bas tu tak tengok pun, nampak kertas invoice, dia tanya berapa orang then done!! Jadi, aku klasifikasikan penjaga kaunter Skybus di LCCT yang melayan kami tadi adalah seorang yang mengada-ngada dan ingin mengaut keuntungan!!

Kaki melangkah laju ke food court LCCT, selesai memilih makanan, simple, nasi kosong + daging kambing, dan nasi kosong + ayam + sayur, semuanya RM18!!! sangat mahal.

Kemudian kami bergegas menaiki bas, perjalanan mengambil masa selama 1jam setengah, kami sampai di Kl santral pada pukul 11.45 malam.
Kami memanjangkan langkah agar sempat menaiki LRt, malangnya, sesampainya kami di sana, geriji baru ditutup, menandakan kami hanya lewat beberapa minit, hmm, otak ligat berfikir mencari altenatif lain untuk balik, tiba-tiba kami di sapa oleh pemandu teksi, tapi, semua ditolok, sebab dah tahu yang mereka ini cuma KUTU!! Oleh kerana tidak ada pilihan lain, kami menerima satu tawaran daripada seorang pemandu teksi yang tidak menggunakan meter mahupun kupon, menawarkan kami harga Rm10. agak berbaloi dalam fikiranku, tak apalah, setakat mahal 3, 4 ringgit dari harga biasa. Setibanya kami ke kolej, kawanku menghulurkan RM10 dan ingin berlalu tetapi pak cik itu menahan dan meminta RM20 lagi, aku mula meningggikan suara, kenapa RM30? Tadi, pak cik kata Rm10 bahagi 3 orang. Pakcik tu selamba je jawab, aiii mana boleh dek, RM10 sorang. BAPAK!! dari Kl Sentral ke UM RM30??!  nak tak nak terpaksa bayar sebab malas nak bertekak + penat. Jadi, peringatan pada semua lepas ni kakau nak naik teksi, pastikan ada meter, yang ada resit lebih baik, dan kalau boleh, pilih teksi yang elok, maksudnya yang nampak baru dan cantik, teksi-teksi yang buruk ni, kadang2 (tak semua), Allah dah tunjuk dah dari luar, servis pun hampeh, kalau rasa diri tertipu, sila ambil nombor plat teksi dan laporkan kepada pihak yang berkenaan. Senang cerita tak yah naik lah.
itulah perjalananku ke ibu kota yang berliku, bagiku apabila berada di Kuala Lumpur, orang akan mudah ambil kesempatan, dari situ, baru aku tahu kenapa perangai orang Kuala Lumpur semua sama, perangai yang bagaimana??? hahahahaha, biar aku dan orang-orang yang sependapat denganku saja yang tahu...

Bukit Broga:I'm here!!!

Rasa dah lama tinggalkan blog... pelbagai peristiwa dan perkongsian yang nak share dgn semua... kekangan masa yang menghalang untuk aku terus menulis...

Semalam 25.10.2013, aku join kelas kazen aku dari um... budak SMPI naek Bukit Broga.... sebelum ni memang selalu dengar nama bukit tu disebut2... n ada banyak juga budak2 U aku buat aktvt naek bukit 2... tapi aku je yg tak ambik port... kali ni... setelah puas mendegar dan melihat poster2 tentang Broga... aku nekad untuk pergi melihat sendiri Siapa sebenarnya C Broga ni... knp dia famous sangat dlm kalangan orang ramai...

No wonder la this is my first time.... sampai lereng bukit dlm pukul 6 am... dengarnya 2 dah kira lewat coz nak tengok matahari terbit... orang cakap... matahari terbit kat situ lawa... tapi apa kan daya... kita dah merancang... Dari 4 pagi kita orang berkumpul... last2 sampai dalam area 6 am... disebabkan oleh beberapa masalah yang diluar kawalan......

After solat subuh, baca doa n scretching cket... kita orang pun start naik... huhu... bagi orang yang macam aku yang jarang nak ikut aktiviti luar ni... langkah ke sepuluh pun dah letih... senak.... tapi... try gak nak naik sampai atas... alang2 dah sampai kan...
Perjalanan menuju ke atas 2 memang adventure.. dengan keadaan tanah yang sedikit licin dan sempit... lebih kurang 3 ke 4 kali la aku berhenti sekejap coz x larat... sampaikan aku rasa nak nangis je naik bukit tu... bayangkan bertapa susahnya nak naik bagi org first time mcm aku ni.... ingatkan setiap hari turun naik bukit pegi library kat U aku tu dah kira cukup untuk tingkatkan stamina badan... rupanya tidak... kazen aku lagi laju n bertenaga dari aku ni...

Lebih kurang 1 jam lepas 2... kami pun sampai di puncak pertama... pemandangannya memang cantek.. sejuk dan menenangkan... lagi2 time 2 matahari dah mula terbit... so beautiful... nak snap2... tapi tangan masih terketar2... so aku pun rehat kejap... dah 2 rombongan kita orang ni ajak untuk naik kepuncak seterusnya... aku rasa mcm x larat... so aku biar diorang pegi dulu... dalam lebih kurang 30 minit aku duduk situ... ambik2 gambar... then aku pun naik.. Bagi siapa2 yang minat hiking ni boleh la naik bukit Broga... pemandangannya sangat cantik... ada sedikit puas hati la... at least kita penah naik kan... walaupun penat....


Kalu aku x clap... ada 3 puncak....aku naik sampai puncak ke 2 je... sbb x larat... aku enjoy tengok pemandangan n snap2 semua yang aku rasa cantik... Pandai jugak aku ambik gambar... ala2 pro gitu.. dah pemandangan dia lawa... jadi sapa2 ambik pun tetap lawa jugak kan... ngeee...

Lepas naik Bukit Broga... kami g sungai Tekala... mandi manda kat c 2.... tapi aku x mandi... Aku tengok n snap gmbar je... Bagi aku tempat ni biasa2 je... coz penah pegi tempat yang lagi cantik... tapi yang bagusnya kat sungai ni... terdapat bilik khas untuk tukar pakaian... Bagus kan.... first time jumpa sungai yang sediakan kemudahan macam ni...

Alhamdulillah... akhirnya berjaya naik Bukit Broga dengan selamat walaupun x sampai ke puncak...
Sementara duduk dengan kawan2 ni... lebih baik ambil peluang untuk pergi mana2 tempat yang menarik... sebab lepas ni mungkin agak susah nak luangkan masa untuk buat aktiviti yang macam ni...




Rabu, 3 April 2013

Musim Kahwin....

Start awal tahun ni ramai je saudara mara aku yang bakal melangsungkan perkahwinan... Sekarang ni abang kepada kawan baik aku pulak nak kahwin bulan lima ni... emm, kawan aku ni merangkap saudara aku jugak, coz kami ada pertalian darah walaupun agak jauh... so aku tolong lah dia cari barang area KL Masjid Jamek.... Lagipun, sebelum ni dia tolong aku cari barang kawen akak aku jugak tahun lepas.... sekarang giliran aku pulak yang tolong dia....

Memandangkan kawan aku ni student UM, so kami mulakan perjalanan kami dengan menaiki lrt stesen U, then turun di KL Sentral, utk naik monorel menuju ke Chow Kit... kita orang pegi chow kit ni bukan apa... nak singgah kat kedai barangan bakery yang famous kat chow kit 2, nama kedai tu "Bake With Yen"..  dekat lorong haji taib 1 kalu x silap....dekat dengan GM Plaza (kedai borong)...

Memandangkan tujuan kami ni nak beli untuk majlis perkahwinan, so of course la brg yang nak dbeli tu agak banyak... apa yang membuat hati ni terkilan... casher kedai tu cuba nak tipu kita orang dengan menambah kuantiti barang yang kita orang beli.... asalnya kami beli coklat emolco 2 botol je... bila kawan saya cek balik, dia scan coklat 2 3 kali... so, kami pg la balik dkt casher 2, alih2 orang dia dh bertUkar... casher yang layan kita orang tadi dh x ada.... so pg la tuntut dkt sorang casher cina yang tinggi2 2.... dia x nak bagi balik duit tu bahkan mintak kami ambik coklat emolco 1 lagi dgn alasan mls nak buat rekod....nak tau dia cakap apa? "you angkat satu lagi maaa..."  amboi... orang nak 2 botol je.... nak buat apa smpai 3 botol....nak x nak, terpaksa la kami beralah...yelah... malas nak buat kecoh...lagi2 orang ramai kat situ..... satu lagi benda yang aku lupa nak cerita, casher yang awal2 tadi tu bukan je scan lebih, tapi dia try nak cas harga lebih jugak... slotape yang harga rm2 lebih 2 dia tekan rm3, nasib baik kami tengah perhatikan skrin casher dia hari tu.... bila dia perasaan kita orang tengok, trus dia tolak.... x tahu la samada sengaja ataupun tidak... kalu nak tahu, casher yang nak curi duit customer tanpa sedar ni ialah perempuan cina yang rambut merah aras leher tu... aku bukan apa,... kalau da sapa2 nak pegi kedai ni...hati2 ckit... nanti kena tipu... yela... yang kenanya aku n kawan aku tu... kot2 la dia buat macam tu kat customer yang lain...

after panas2 hati dengan casher kedai tu... kita orang pun bergerak ke Semua House Masjid Jamek, belakang Hotel Noble... dari chow kit jalan kaki pegi MJ lebihkurang 30minit.. x jauh... dekat jer... asalnya x tahu pun Semua House ji letak kat mn... nasib baik la ada Galaxy note ni... sng ckit nak search2....

lastly, jumpa.... kat sini kita
orang cari barang2 untuk doorgift... mcm reben, beg, n sbagainya lah... kedai tu kat aras bawah,, masuk je dalam bangunan 2 korang akan jumpa tangga turun bawah... then, kedai tu terletak d sebelah kanan.... kat situ da banyak barangan kahwin...walaupun x sebanyak kat area nilai, tapi, kira ok la kalu malas nak g nilai3 kan.... aku x sempat nak snap2 barang yang da kat situ.... tapi bg aku ok la kedai 2.... lgpun tempat tu senang nak cari makan... lepas kita orang penat2 cari barangan kahwin abang kawan aku tu, kita orang pun singgah makan kat dalam bangunan tu jugak... aras yang sama.... 




Ahad, 16 Disember 2012

Yang diKejar Tak Dapat Yang diKendong Berciciran


Aku merupakan bekas pelajar STPM di sekolah Kebangsaan Agama di Sarawak. Antara kelebihan aku sebagai pelajar STPM yang aku sedari adalah aku amat mahir dalam penggunaan bahasa malayu sehinggakan aku mampu membuat karangan lebih dari yang diperlukan lantaran penguasaan bahasa melayu yang baik serta memiliki pelbagai idea dalam menghuraikan sesuatu isi. Dan tidak malu untuk aku mengatakan yang aku sememangnya berbangga dengan kelebihan yang aku miliki. Sejujurnya, aku suka untuk menulis dan apabila aku mula menulis aku akan mula tenggelam dalam dunia penulisanku. Ini lah apa yang aku kendong selama ini..


Setelah aku tamat pengajian tingkatan 6 ku, aku ditempatkan di sebuah Universiti tempatan yang menguatkuasakan penggunaan bahasa inggeris dan bahasa arab. Sungguh aku tertekan bila berhadapan dengan situasi ini. Aku sudah cukup terkilan dengan bahasa arab ku yang kurang memuaskan sebelum ini, dan kini aku terpaksa berhadapan dengannya sekali lagi  untuk 4 tahun yang mendatang.. Sem yang pertama aku pernah menitiskan air mata disebabkan oleh subjek bahasa ini. Aku begitu tertekan ditambah pula dengan dikelilingi oleh pelajar lepasan STAM yang sememangnya terkenal dengan penguasaan bahasa arab mereka yang baik. Aku luahkan pada teman rapatku dan Alhamdulillah aku membina azam dan bermotivasi tinggi untuk berhadapan dengan musuhku ini.

Semua orang tahu bahawasanya kedudukan ayat bahasa inggeris dan bahasa arab tidak sama dengan bahasa melayu.. oleh sebab itu, jika hendak membina ayat bahasa inggeris, janganlah membina ayat seperti membina ayat dalam bahasa melayu. Dan aku berusaha belajar untuk berkompromi dengan dua bahasa ini.. Kini aku sudah mencecah Tahun 3 di universiti ini dan aku akui sudah banyak perubahan yang aku alami dari segi pemahaman dan penggunaan bahasa asing ini. Tapi, tidak lah sehebat bahasa melayu ku yang dulu. Dan aku tetap berada di tahap yang paling rendah dalam penguasaan bahasa arab dalam kalangan rakan sebayaku. Lantaran itu, rasa terkilanku masih berbaki.. Inilah yang aku kejar 3 tahun yang sudah…

Kini, aku ingin kembali kepada bahasa melayu ku.. aku ingin mencari bakat ku yang ku tinggalkan selama 3 tahun yang sudah berlalu.. Ternyata 3 tahun terlalu lama untuk aku merujuk kembali kepadanya.. bahasa melayu ku mula meninggalkanku.. selama 3 tahun aku menyesuaikan diriku dengan 2 bahasa asing yang tidak dipengaruhi dengan lenggok bahasa melayu, kini bahasa melayuku pula dipengaruhi oleh mereka. Bahasa melayuku tidak seperti dulu.. tidak sehebat dulu sekali gus melenyapkan pencurahan idea ku dalam menghuraikan isi.. sudah lah bahasa arabku tidak mampu aku kuasai sepenuhnya, kini bahasa melayuku pula lintang pukang..
Aku mencari alternative terbaik dalam memertabatkan bahasa melayuku dan dalam masa yang sama meneruskan usaha untuk menakluk bahasa arab dan inggeris. Aku cuba untuk menulis kembali, berkongsi idea dan pandangan dengan siapa sahaja yang sudi. Semoga dengan cara ini aku dapat memperbaiki kelemahanku dan dalam masa yang sama berguna kepada ilmu pengetahuanku. Aku berazam untuk tidak menggunakan bahasa pasar dalam penulisanku.. Sungguh, padaku ada keazaman yang dahsyat…

Jumaat, 7 Disember 2012

Tak Faham atau Keliru??

بسم الله الرحمن الحيم


Aku boleh lah dikatakan salah seorang pengguna setia tren KTM.. agak ramai juga yang menggunakan kenderaan awam yang bentuknya seperti ulat gonggok ni.. so, apa yang aku dapat lihat, waktu pagi adalah waktu kemuncak dimana pengguna ulat gonggok ni berpusu-pusu masuk sampai padat macam sardin menuju ke arah pusat bandar, dan sudah semestinya keadaan yang sama berlaku pada sebelah petang menuju arah yang bertentangan.. apa yang menariknya mengenai kenderaan ulat gonggok ini ialah, seperti yang sedia maklum, da koc yang istimewa untuk golongan wanita. So, bila koc itu dinamakan Koc Wanita Sahaja, seharusnya yang harus masuk ke dalam koc itu adalah kaum yang bernama wanita, tidak kira melayu, cina ataupun india..


Apa yang menjadi persoalan dalam fikiran aku yang normal ini ialah, setiap kali aku menggunkan khidmat ulat gonggok ni, mesti akan ada golongan yang... tidak faham? tidak tahu membaca? atau keliru dengan identiti sendiri sebagai lelaki kot??... akan berada dalam Koc Wanita "SAHAJA". Sudah terang lagi jelas lagilah nyata di setiap pintu dan tingkap koc itu terpampang "Koc Wanita Sahaja" siap ada gambar lagi nak menunjukkan tempat itu khas untuk wanita. nak kata koc lain penuh, aku perhatikan tak lah sepenuh koc wanita.. even time waktu tak ada orang pun makhluk ni menyemak kat situ..



Apakah yang bermain di kepala orang-orang yang tak reti nak faham ni ek? dorang tak puas hati ke wanita ada tempat khas? atau pun dorang rasa dengan wujudnya koc wanita, ruang untuk dorang menggunakan khidmat ni menjadi terhad? atau dorang ada agenda sendiri dimana perempuan seperti aku tidak mengerti? ok, let's take that they never satisfied with us as a woman have our own special coach. hurm..ok... jom kita tengok nisbah antara lelaki dan perempuan.. yang mana lebih ramai?? dan dalam masa yang sama, kita lihat pula koc yang disediakan untuk perempuan dan koc yang biasa-biasa jer, yang mana lebih banyak?? yang lebih ramai, of course la perempuan kan.. tak kira dimana kita berada, tak ada tempat yang tak ada perempuan. tengok la kat mana2 pun, kat sekolah ke kat kedai ke, pompuan jugak yang memenuhi kawasan. Dan apa yang penting sekali, koc mana yang lebih banyak?? koc biasa ke koc pompuan??  kalau nak dikira ikut tren KTM yang lama yang pendek 2, nisbah dia 1:3.. 1 koc utk perempuan dan yang 2 lagi utk sapa2 aje.. perempuan dah la ramai berbanding lelaki, mestila koc special tu akan padat. yang peliknya ada jugak lelaki yang menyelit kat tempat tu. koc yang biasa 2 tak la sepenuh koc wanita.. boleh pulak dia tunggu tempat yang memang utk koc wanita.. seperti memang hajatnya nak berada di koc tu, yang lain dia tak pandang. fuuhhh... panasx3... 


Sekarang ni dah ada tren baru, yang lebih panjang dan selesa... nasib baik PM kita prihatin..ehem..maybe dia tau kot apa yang aku rasa..heheh..so aku yang suka guna tren ulat gonggok ni gembira bukan kepalang lah...tapi, koc special untuk wanita tetap tidak melebihi koc biasa dalam nisbah yang sama 1:3.. tapi, aku tetap puas hati,, dengan harapan koc wanita bersih dari lelaki....

harapan hanya tinggal harapan... seperti kebiasaannya, ada2 je yang nak menyemak kat situ. hem.. speechless.. yang tragiknya, boleh pulak dia duduk, perempuan yang berdiri. padahal tempat tu tempat perempuan. siapa yang tak faham sekarang ni?? aku ke?? atau mereka?? aku pernah jugak menyaksikan seorang perempuan memarahi lelaki yang duduk kat koc "kitorang" ni.. fuuhh... berani jugak perempuan tu... tabik spring aa... nasib baik lelaki tu nak blah jugak..yela, lelaki mana suka dengar perempuan membebel kan.. kalau aku, aku tak berani.. boleh jer kalau aku nak bersuara, cuma aku takut apa2 berlaku nanti.. yela...dunia sekarang semakin kejam, salah tegur, hilang nyawa..huhu... so, that`s all for know.. pertahankan hak wanita!! yeah...