Persoalan ini semestinya akan bermain difikiran bagi perantau2 yang bakal ditugaskan di Limbang, especially bakal guru.... bukan rakyat semenanjung sahaja yang tidak mengetahui kewujudan limbang...bahkan terdapat rakyat sarawak sendiri tidak mengetahui apakah dan dimanakah Limbang ini..... disini, dengan penuh rasa bangganya saya berbesar hati untuk memperkenalkan Limbang kepada yang ingin mengetahui dan mengenali Limbang dengan lebih lanjut...
Limbang terletak di antara dua sempadan Brunei Darussalam... oleh itu, barangsiapa yang ingin berkunjung ke Limbang, wajib memiliki pasport,.. begitu juga penduduk Limbang sendiri perlu memiliki pasport jika ingin ke luar kawasan... 2 sekiranya menggunakan jalan darat la... kalau guna fligt, pasport x perlu... Ye, betul... Limbang ada fligt, knp? x percaya ya? xper2...yang penting korang x fikir yang nak pergi Limbang kena guna perahu sudah...ngeh3....
Erm...Limbang ni bleh la nk dkatakan bandar...smua keperluan ada kat cni... kalu nak beras ke, ikan ke, ayam ke, sayur ke, kompom ada....dont worry...heh2.. cuma, Limbang ni x der supermaket yg besar2 2 mcm giant, tesco, jusco n sebagainya...da mart jer mcm choon choong, MK... tapi, bleh la memenuhi keperluan penduduk...
Perjalanan dari KL ke Limbang memerlukan 2 buah flight dan perlu transit di Miri. Flight dari KL-Miri mengambil masa selama lebih kurang 2 jam manakala Miri-Limbang hanya 30 minit penerbangan. Selain itu, bagi yang ingin ke Limbang boleh juga melalui jalan darat yang mengambil masa selama 3jam menggunakan kereta dan 4jam menggunakan bas.
Limbang hanya sebuah bandar kecil. setakat ini keselamatan di Limbang masih terjamin. Tiada yang istimewa di Limbang melainkan harga Gajet seperti handphone, smartphone lebih murah dari harga di Semenanjung. Untuk para guru yang bakal mengajar di Limbang, anda x perlu risau untuk naik perahu atau buaya... kemudahan jalan raya telah disediakan oleh kerajaan walaupun tak sehebat highway, at least korang boleh memandu untuk pergi ke sekolah... so,, kalau nak datang limbang, bawaklah kereta sekali....melainkan beberapa kawasan pedalaman yang memerlukan perahu atau bot.
walaupun kemudahan ada disediakan, tapi korang janganlah expect lebih... cukup sekadar memenuhi keperluan kita...
Diharap maklumat yang sedikit ini dapat membantu anda mengetahui keadaan Limbang, Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan