Khamis, 7 Februari 2019

Washer Dryer 2 in 1 review

Hai assalamualaikum & salam sejahtera..
Kali ini saya nak share review mengenai washer dryer jenama samsung 8kg/5kg..
Sebelum itu, saya nak kongsi kenapa saya sangat memerlukan washer dryer 2 in 1 ni.. Sebab paling utama ialah kawasan tempat yang sangat terhad untuk saya menyidai pakaian. Kemudian dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, sekejap hujan, sekejap panas.. baju tak sempat kering, tiba2 hujan.. bila cuaca cantik sikit, orang kampung terlebih rajin membakar sampah, membuatkan baju yang wangi jadi bau asap. Antara sebab lain ialah, kekangan masa.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk mendapatkan mesin pencuci yang boleh mengeringkan. Kalau anda mempunyai ruang yang besar, boleh lah dapatkan sebiji washer, sebiji dryer.. memandangkan rumah sewa saya ni kecil ala2 rumah sewa korea, jadi terpaksalah saya menggunakan sebuah mesin yang multi function.

Washer dryer yang saya gunakan jenama samsung 8kg untuk cuci, 5 kg untuk kering..Baru sebulan guna, secara keseluruhan ia sangat membantu saya menjimatkan tenaga dan masa.saya. Hanya perlu masukkan pakaian yang kotor, kemudian setting ikut kesesuaian dan tinggalkan begitu sahaja sambil buat kerja lain. Sekiranya anda menghadapi masalah seperti saya, mesin 2 in 1 ni sangat dishorkan. Beban anda 100% berkurang. tak payah risau nak cuci baju, nak sidai baju, risau baju belum kering, risau tentang cuaca.. Bila anda memiliki mesin ni, semua kerisauan tadi dah tak ada..

Mana nak beli? Korang boleh kunjungi mana2 kedai eletrik yang jual mesin basuh.. kalau di daerah-daerah kecil di Sarawak khususnya, contohnya di Limbang, Mukah, jarang ada kedai yang ready stock jual barang2 macam ni. So kena pergi bandar besar sikit lah.. macam Miri, Bintulu, Sibu, Kuching dll. Kalau saya, saya beli kat kedai Seng Heng.. Kebetulan waktu tengah sale hujung tahun..



Harga asal RM3395.. tapi lepas discount dapatlah harga RM2499.. kira ok lah..  jenama Eletrolux pun ada 7kg/4kg harga rm1999 lepas diskaun. Tapi saya pilih samsung disebabkan oleh kapasiti yang lebih besar.

Keburukan washer dryer? Setiap yang bagus itu, pasti ada kelemahan. Kelemahan penggunaan washer dryer ni ialah pakaian kita akan sangat berkedut selepas dikeringkan.. Baju tshirt pun terpaksa diseterika sebelum guna, kalau tak memang jenjalan dengan baju renyuk la jawabnya. Kemudian, pintu mesin basuh akan jadi berhabuk untuk setiap penggunaan. Kalau rajin, boleh lah lap setiap kali lepas guna.. tak lap pun tak apa.. cuma takut pakaian kita pulak berhabuk lepas dicuci. 
Penggunaan eletrik pula bergantung pada penggunaan, tapi, ia tak menjejaskan sangat rasanya. Kesimpulannya secara keseluruhan, menggunakan washer dryer bagi saya adalah sangat berbaloi. Tak rugi membeli. Kerana ia sangat membantu saya mengatasi masalah yang saya hadapi. Kalau korang nak beli, saya syorkan beli waktu sale hujung tahun.. Dapat harga murah banyak sikit berbanding hari biasa. Semoga feedback ini dapat membantu anda yang dalam dilema..

1 ulasan:

  1. Hai, nak tanya washer dryer 2 in 1 ni tahan lasak ke? org cakap senang rosak. salah 1 rosak, semua xleh pakai, washer rosak, dryer x boleh guna.

    BalasPadam