Sabtu, 26 Oktober 2013

Teksi Sekitar KL Sentral

Alkisah balik dari cuti midsem yang amat memenatkan, selalu tersepit dalam segenap perkara dan urusan. perjalanan ke ibu kota, fuhhh, penat3!!! tapi, aku sematkan dalam hatiku, inilah musafir dan jihadku sebagai seorang hamba.
coretanku kali ini, seperti biasa ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh dijadikan ikhtibar dan perigatan bagi insan yang tak tahu atau terlepas pandang beberapa urusan sepanjang perjalanan atau persiapan pulang ke ibu kota.

Seperti tahun2, sem2,dan cuti2 yang lalu, seperti biasa, aku akan pulang  bersama sahabat seakidahku merangkap teman sepermainanku sejak kecil lagi ke Kampus, cuma apa yang berbeza kali ini ialah kami mengambil keputusan untuk naik flight sebelah malam. Ohoo...kebiasaannya, kami akan naik flight pagi atau tengah hari. Hoho, memang tak sangka, macamana dan bila masa plak kitorang amek tiket malam ni? imbas punya imbas, ingat punya ingat, serebrum ligat bekerja, tiba2, ahhaaa, patutlah, sebab kitorang plan nak nek bas je dari rumah, tak nak susahkan family, untuk hantar dan ambil dari airport, setiap kali balik, sama ada untuk ke rumah atau ke kampus. Nak berdikari la katakan...ehe..

Seawal jam 8pagi, berbekalkan duit poket rm150, aku memulakan langkahku dengan niat untuk kembali ke serambi ilmu, jami'ahku tercinta untuk menadah limpahan ilmu dari asatizahku. Berkat Niat yang betul ini, Maha Suci Allah, perjalananku dipermudahkan. Plan kami pada asalnya nak naik bas dari Limbang ke Miri, akhirnya menjadi lebih jimat apabila ada saudara mara yang menawarkan untuk naik kereta bersamanya. Bukan setakat jimat wang, tetapi juga tenaga, dan masa. Perjalanan ke Miri mengambil masa selama lebih kurang 3jam, jika perjalanan lancar tanpa jammed. Atas pelbagai urusan, kami selamat sampai di Miri dalam pukul 12 tengah hari. Sesampainya kami di Miri, destinasi pertama kami adalah Plaza Bintang. 4jam menghabiskan masa  Plaza Bintang, dimanfaatkan sebaiknya. 4jam terisi dengan memberi hak pada perut yang dah meraung untuk diisi, memberi hak pada ruh yang turut minta diisi dengan ibadah, memberi hak pada kaki untuk diberikan alas yang selesa, juga memberi hak pada otak untuk dijamahkan dengan bahan ilmiah di kedai 'Popular'. Cuma, kehendak sahabat je lagi yang tak dapat dipenuhi, nak beli laptop, tapi, masih buntu nak buat pilihan, laptop apa yang terbaik dan sesuai untuk keperluannya (siapa2 yang ada cadangan, boleh la usulkan, he2). Soal penat, takyah nak cerita, memang penat sangat, tapi, takpe, janji best. Jadi, ada 1 hak lagi yang tak terjaga, iaitu hak tubuh badan yang perlukan rehat. Seperti biasa, tempat yang sesuai untuk rehatkan badan adalah dalam flight. ehe...

Dari Plaza Bintang, kami terus menuju ke Lapangan Terbang, Miri. Barang pesanan dan keperluan yang baru dibeli, disusun kemas di dalam bagasi sebelum dimasukkan ke dalam kargo. Alkisah 2 jam duduk dalam flight memang  mencabar emosi, apabila yang berlaku tidak seperti yang dirancang dan dibayangkan. Plan untuk memberi hak pada tubuh dan minda tak tertunai, dek kerana ada 2 3 orang adik beradik ni asyik berlari2 dalam flight, mak ayah dia plak wat tak tau, haiya...manyak susah kalau ada ibu bapa ini macam. 2jam berlalu, akhirnya sampai juga kami di Lcct dengan selamat. sesampainya kami di sana, terus bergegas ke kaunter terminal bas untuk redeem kad skybus.

Conflict perjalanan kami ini bermula di sini, ketika nak mendapatkan pengesahan dan cop sebelum boleh menaiki perkhidmatan skybus yang telah kami tempah melalui online. Langkah sahabatku diatur kemas menuju ke kaunter bas, jalannya pantas dengan harapan kami sempat makan sebelum menaiki bas yang mengambil masa 1jam setengah untuk sampai ke KL Sentral bagi mengelakkkan pening dan muntah dek perut yang kosong, seterusnya, membolehkan kami sampai awal ke kolej.
sesampainya kawan aku kat tempat redeem kupon tu, dia pun hulur invoice yang telah dicetak, then, berlaku diolog di antara mereka:

Penjaga kaunter : "Mana boarding pass?"
Kawan : "Perlu boarding pass gak ke? Sebelum ni, tak yah bagi pun. Tak ingat letak kat mana, dah buang kot".
Penjaga kaunter : "Ok, tak pe lah". then, dia pon terus cop dan sign.
Kawan : "Ok, terima kasih, hmm, tapi, kenapa 1 cop je? Saya redeem untuk 3 org".
penjaga kaunter pun meneliti kembali invoice yang diberi, kemudian berkata;
Penjaga kaunter : "Kalau macam tu, semua kena serah boarding pass"
Dia pegang dan simpan invoice tu disebalik cermin kaca yang memisahkan antara kami. Lantas kawan aku bersuara;
Kawan : "Kenapa kena serah 3 3, tadi kata tak yah boarding pass"
Penjaga Kaunter : "............" diam seribu bahasa sambil mata terkebil-kebil melihat kami yang bertungkus-lumus mencari boarding pass, Tiada riak kasihan di wajahnya, malah berkata, "kalau tak ada boarding pass, saya tak akan cop invoice ni".
Perasaan ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu, bercampur baur, dengan malam semakin pekat, perut yang berkeroncong dan memikirkan perjalanan yang jauh, hmm, patutlah sejak dari dalam flight lagi aku teringat-ingat di mana aku letak boarding pass aku. akhirnya, Alhamdulillah, semua boarding pass ditemui, kalau tak, alamatnya malayang lagi la duit, RM10 seorang.

Apa yang membuatkan aku merasa pelik ialah kami dah ada invoice sebagai bukti pembelian, jadi, kenapa perlu serahkan boarding pass lagi, di cawangan air asia di Kl Sentral agak bagus, meneliti invoice, kemudian bagi 1 cop untuk pengesahan, dan selesai. Walhal, time naik bas, pemandu bas tu tak tengok pun, nampak kertas invoice, dia tanya berapa orang then done!! Jadi, aku klasifikasikan penjaga kaunter Skybus di LCCT yang melayan kami tadi adalah seorang yang mengada-ngada dan ingin mengaut keuntungan!!

Kaki melangkah laju ke food court LCCT, selesai memilih makanan, simple, nasi kosong + daging kambing, dan nasi kosong + ayam + sayur, semuanya RM18!!! sangat mahal.

Kemudian kami bergegas menaiki bas, perjalanan mengambil masa selama 1jam setengah, kami sampai di Kl santral pada pukul 11.45 malam.
Kami memanjangkan langkah agar sempat menaiki LRt, malangnya, sesampainya kami di sana, geriji baru ditutup, menandakan kami hanya lewat beberapa minit, hmm, otak ligat berfikir mencari altenatif lain untuk balik, tiba-tiba kami di sapa oleh pemandu teksi, tapi, semua ditolok, sebab dah tahu yang mereka ini cuma KUTU!! Oleh kerana tidak ada pilihan lain, kami menerima satu tawaran daripada seorang pemandu teksi yang tidak menggunakan meter mahupun kupon, menawarkan kami harga Rm10. agak berbaloi dalam fikiranku, tak apalah, setakat mahal 3, 4 ringgit dari harga biasa. Setibanya kami ke kolej, kawanku menghulurkan RM10 dan ingin berlalu tetapi pak cik itu menahan dan meminta RM20 lagi, aku mula meningggikan suara, kenapa RM30? Tadi, pak cik kata Rm10 bahagi 3 orang. Pakcik tu selamba je jawab, aiii mana boleh dek, RM10 sorang. BAPAK!! dari Kl Sentral ke UM RM30??!  nak tak nak terpaksa bayar sebab malas nak bertekak + penat. Jadi, peringatan pada semua lepas ni kakau nak naik teksi, pastikan ada meter, yang ada resit lebih baik, dan kalau boleh, pilih teksi yang elok, maksudnya yang nampak baru dan cantik, teksi-teksi yang buruk ni, kadang2 (tak semua), Allah dah tunjuk dah dari luar, servis pun hampeh, kalau rasa diri tertipu, sila ambil nombor plat teksi dan laporkan kepada pihak yang berkenaan. Senang cerita tak yah naik lah.
itulah perjalananku ke ibu kota yang berliku, bagiku apabila berada di Kuala Lumpur, orang akan mudah ambil kesempatan, dari situ, baru aku tahu kenapa perangai orang Kuala Lumpur semua sama, perangai yang bagaimana??? hahahahaha, biar aku dan orang-orang yang sependapat denganku saja yang tahu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan