Ahad, 16 Disember 2012

Yang diKejar Tak Dapat Yang diKendong Berciciran


Aku merupakan bekas pelajar STPM di sekolah Kebangsaan Agama di Sarawak. Antara kelebihan aku sebagai pelajar STPM yang aku sedari adalah aku amat mahir dalam penggunaan bahasa malayu sehinggakan aku mampu membuat karangan lebih dari yang diperlukan lantaran penguasaan bahasa melayu yang baik serta memiliki pelbagai idea dalam menghuraikan sesuatu isi. Dan tidak malu untuk aku mengatakan yang aku sememangnya berbangga dengan kelebihan yang aku miliki. Sejujurnya, aku suka untuk menulis dan apabila aku mula menulis aku akan mula tenggelam dalam dunia penulisanku. Ini lah apa yang aku kendong selama ini..


Setelah aku tamat pengajian tingkatan 6 ku, aku ditempatkan di sebuah Universiti tempatan yang menguatkuasakan penggunaan bahasa inggeris dan bahasa arab. Sungguh aku tertekan bila berhadapan dengan situasi ini. Aku sudah cukup terkilan dengan bahasa arab ku yang kurang memuaskan sebelum ini, dan kini aku terpaksa berhadapan dengannya sekali lagi  untuk 4 tahun yang mendatang.. Sem yang pertama aku pernah menitiskan air mata disebabkan oleh subjek bahasa ini. Aku begitu tertekan ditambah pula dengan dikelilingi oleh pelajar lepasan STAM yang sememangnya terkenal dengan penguasaan bahasa arab mereka yang baik. Aku luahkan pada teman rapatku dan Alhamdulillah aku membina azam dan bermotivasi tinggi untuk berhadapan dengan musuhku ini.

Semua orang tahu bahawasanya kedudukan ayat bahasa inggeris dan bahasa arab tidak sama dengan bahasa melayu.. oleh sebab itu, jika hendak membina ayat bahasa inggeris, janganlah membina ayat seperti membina ayat dalam bahasa melayu. Dan aku berusaha belajar untuk berkompromi dengan dua bahasa ini.. Kini aku sudah mencecah Tahun 3 di universiti ini dan aku akui sudah banyak perubahan yang aku alami dari segi pemahaman dan penggunaan bahasa asing ini. Tapi, tidak lah sehebat bahasa melayu ku yang dulu. Dan aku tetap berada di tahap yang paling rendah dalam penguasaan bahasa arab dalam kalangan rakan sebayaku. Lantaran itu, rasa terkilanku masih berbaki.. Inilah yang aku kejar 3 tahun yang sudah…

Kini, aku ingin kembali kepada bahasa melayu ku.. aku ingin mencari bakat ku yang ku tinggalkan selama 3 tahun yang sudah berlalu.. Ternyata 3 tahun terlalu lama untuk aku merujuk kembali kepadanya.. bahasa melayu ku mula meninggalkanku.. selama 3 tahun aku menyesuaikan diriku dengan 2 bahasa asing yang tidak dipengaruhi dengan lenggok bahasa melayu, kini bahasa melayuku pula dipengaruhi oleh mereka. Bahasa melayuku tidak seperti dulu.. tidak sehebat dulu sekali gus melenyapkan pencurahan idea ku dalam menghuraikan isi.. sudah lah bahasa arabku tidak mampu aku kuasai sepenuhnya, kini bahasa melayuku pula lintang pukang..
Aku mencari alternative terbaik dalam memertabatkan bahasa melayuku dan dalam masa yang sama meneruskan usaha untuk menakluk bahasa arab dan inggeris. Aku cuba untuk menulis kembali, berkongsi idea dan pandangan dengan siapa sahaja yang sudi. Semoga dengan cara ini aku dapat memperbaiki kelemahanku dan dalam masa yang sama berguna kepada ilmu pengetahuanku. Aku berazam untuk tidak menggunakan bahasa pasar dalam penulisanku.. Sungguh, padaku ada keazaman yang dahsyat…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan