Ahad, 16 Disember 2012

Yang diKejar Tak Dapat Yang diKendong Berciciran


Aku merupakan bekas pelajar STPM di sekolah Kebangsaan Agama di Sarawak. Antara kelebihan aku sebagai pelajar STPM yang aku sedari adalah aku amat mahir dalam penggunaan bahasa malayu sehinggakan aku mampu membuat karangan lebih dari yang diperlukan lantaran penguasaan bahasa melayu yang baik serta memiliki pelbagai idea dalam menghuraikan sesuatu isi. Dan tidak malu untuk aku mengatakan yang aku sememangnya berbangga dengan kelebihan yang aku miliki. Sejujurnya, aku suka untuk menulis dan apabila aku mula menulis aku akan mula tenggelam dalam dunia penulisanku. Ini lah apa yang aku kendong selama ini..


Setelah aku tamat pengajian tingkatan 6 ku, aku ditempatkan di sebuah Universiti tempatan yang menguatkuasakan penggunaan bahasa inggeris dan bahasa arab. Sungguh aku tertekan bila berhadapan dengan situasi ini. Aku sudah cukup terkilan dengan bahasa arab ku yang kurang memuaskan sebelum ini, dan kini aku terpaksa berhadapan dengannya sekali lagi  untuk 4 tahun yang mendatang.. Sem yang pertama aku pernah menitiskan air mata disebabkan oleh subjek bahasa ini. Aku begitu tertekan ditambah pula dengan dikelilingi oleh pelajar lepasan STAM yang sememangnya terkenal dengan penguasaan bahasa arab mereka yang baik. Aku luahkan pada teman rapatku dan Alhamdulillah aku membina azam dan bermotivasi tinggi untuk berhadapan dengan musuhku ini.

Semua orang tahu bahawasanya kedudukan ayat bahasa inggeris dan bahasa arab tidak sama dengan bahasa melayu.. oleh sebab itu, jika hendak membina ayat bahasa inggeris, janganlah membina ayat seperti membina ayat dalam bahasa melayu. Dan aku berusaha belajar untuk berkompromi dengan dua bahasa ini.. Kini aku sudah mencecah Tahun 3 di universiti ini dan aku akui sudah banyak perubahan yang aku alami dari segi pemahaman dan penggunaan bahasa asing ini. Tapi, tidak lah sehebat bahasa melayu ku yang dulu. Dan aku tetap berada di tahap yang paling rendah dalam penguasaan bahasa arab dalam kalangan rakan sebayaku. Lantaran itu, rasa terkilanku masih berbaki.. Inilah yang aku kejar 3 tahun yang sudah…

Kini, aku ingin kembali kepada bahasa melayu ku.. aku ingin mencari bakat ku yang ku tinggalkan selama 3 tahun yang sudah berlalu.. Ternyata 3 tahun terlalu lama untuk aku merujuk kembali kepadanya.. bahasa melayu ku mula meninggalkanku.. selama 3 tahun aku menyesuaikan diriku dengan 2 bahasa asing yang tidak dipengaruhi dengan lenggok bahasa melayu, kini bahasa melayuku pula dipengaruhi oleh mereka. Bahasa melayuku tidak seperti dulu.. tidak sehebat dulu sekali gus melenyapkan pencurahan idea ku dalam menghuraikan isi.. sudah lah bahasa arabku tidak mampu aku kuasai sepenuhnya, kini bahasa melayuku pula lintang pukang..
Aku mencari alternative terbaik dalam memertabatkan bahasa melayuku dan dalam masa yang sama meneruskan usaha untuk menakluk bahasa arab dan inggeris. Aku cuba untuk menulis kembali, berkongsi idea dan pandangan dengan siapa sahaja yang sudi. Semoga dengan cara ini aku dapat memperbaiki kelemahanku dan dalam masa yang sama berguna kepada ilmu pengetahuanku. Aku berazam untuk tidak menggunakan bahasa pasar dalam penulisanku.. Sungguh, padaku ada keazaman yang dahsyat…

Jumaat, 7 Disember 2012

Tak Faham atau Keliru??

بسم الله الرحمن الحيم


Aku boleh lah dikatakan salah seorang pengguna setia tren KTM.. agak ramai juga yang menggunakan kenderaan awam yang bentuknya seperti ulat gonggok ni.. so, apa yang aku dapat lihat, waktu pagi adalah waktu kemuncak dimana pengguna ulat gonggok ni berpusu-pusu masuk sampai padat macam sardin menuju ke arah pusat bandar, dan sudah semestinya keadaan yang sama berlaku pada sebelah petang menuju arah yang bertentangan.. apa yang menariknya mengenai kenderaan ulat gonggok ini ialah, seperti yang sedia maklum, da koc yang istimewa untuk golongan wanita. So, bila koc itu dinamakan Koc Wanita Sahaja, seharusnya yang harus masuk ke dalam koc itu adalah kaum yang bernama wanita, tidak kira melayu, cina ataupun india..


Apa yang menjadi persoalan dalam fikiran aku yang normal ini ialah, setiap kali aku menggunkan khidmat ulat gonggok ni, mesti akan ada golongan yang... tidak faham? tidak tahu membaca? atau keliru dengan identiti sendiri sebagai lelaki kot??... akan berada dalam Koc Wanita "SAHAJA". Sudah terang lagi jelas lagilah nyata di setiap pintu dan tingkap koc itu terpampang "Koc Wanita Sahaja" siap ada gambar lagi nak menunjukkan tempat itu khas untuk wanita. nak kata koc lain penuh, aku perhatikan tak lah sepenuh koc wanita.. even time waktu tak ada orang pun makhluk ni menyemak kat situ..



Apakah yang bermain di kepala orang-orang yang tak reti nak faham ni ek? dorang tak puas hati ke wanita ada tempat khas? atau pun dorang rasa dengan wujudnya koc wanita, ruang untuk dorang menggunakan khidmat ni menjadi terhad? atau dorang ada agenda sendiri dimana perempuan seperti aku tidak mengerti? ok, let's take that they never satisfied with us as a woman have our own special coach. hurm..ok... jom kita tengok nisbah antara lelaki dan perempuan.. yang mana lebih ramai?? dan dalam masa yang sama, kita lihat pula koc yang disediakan untuk perempuan dan koc yang biasa-biasa jer, yang mana lebih banyak?? yang lebih ramai, of course la perempuan kan.. tak kira dimana kita berada, tak ada tempat yang tak ada perempuan. tengok la kat mana2 pun, kat sekolah ke kat kedai ke, pompuan jugak yang memenuhi kawasan. Dan apa yang penting sekali, koc mana yang lebih banyak?? koc biasa ke koc pompuan??  kalau nak dikira ikut tren KTM yang lama yang pendek 2, nisbah dia 1:3.. 1 koc utk perempuan dan yang 2 lagi utk sapa2 aje.. perempuan dah la ramai berbanding lelaki, mestila koc special tu akan padat. yang peliknya ada jugak lelaki yang menyelit kat tempat tu. koc yang biasa 2 tak la sepenuh koc wanita.. boleh pulak dia tunggu tempat yang memang utk koc wanita.. seperti memang hajatnya nak berada di koc tu, yang lain dia tak pandang. fuuhhh... panasx3... 


Sekarang ni dah ada tren baru, yang lebih panjang dan selesa... nasib baik PM kita prihatin..ehem..maybe dia tau kot apa yang aku rasa..heheh..so aku yang suka guna tren ulat gonggok ni gembira bukan kepalang lah...tapi, koc special untuk wanita tetap tidak melebihi koc biasa dalam nisbah yang sama 1:3.. tapi, aku tetap puas hati,, dengan harapan koc wanita bersih dari lelaki....

harapan hanya tinggal harapan... seperti kebiasaannya, ada2 je yang nak menyemak kat situ. hem.. speechless.. yang tragiknya, boleh pulak dia duduk, perempuan yang berdiri. padahal tempat tu tempat perempuan. siapa yang tak faham sekarang ni?? aku ke?? atau mereka?? aku pernah jugak menyaksikan seorang perempuan memarahi lelaki yang duduk kat koc "kitorang" ni.. fuuhh... berani jugak perempuan tu... tabik spring aa... nasib baik lelaki tu nak blah jugak..yela, lelaki mana suka dengar perempuan membebel kan.. kalau aku, aku tak berani.. boleh jer kalau aku nak bersuara, cuma aku takut apa2 berlaku nanti.. yela...dunia sekarang semakin kejam, salah tegur, hilang nyawa..huhu... so, that`s all for know.. pertahankan hak wanita!! yeah...